Sunday, December 27, 2015

Hati yang berdosa

Pertamanya, ku pohon ampun dari yang Esa kerana terpaksa menulis luahan rasa yang agak sensitif di sini. Demi Allah, tiada rasa mahu mengaibkan sesiapa, apatah lagi memburukkan insan yang sungguh tinggi kedudukannya dalam takhta rumah tangga kami.

Kenapa perasaan ini hadir bertalu talu setelah tempoh kami tinggal berjauhan hampir 6 bulan. Rasa sangsi dengan kasih sayang suami mula hadir, di tambah bisikan jahat dari hati mendambakan itu dan ini dengan persoalan 'kenapa tidak begitu dan begini...'

Ampunkan aku ya Rabbi....

Dia di selatan, dan aku di sini mencari rezeki. Namun sesekali timbul rasa 'jahat' mahu menghambur persoalan mengapa harus aku yang bertanggungjawab menjaga ibunya disini. Allah! berat sekali mahu mengatakan TIDAK kerana dia sendiri tidak pernah meminta untuk aku bersetuju atau tidak. Ini umpama tanggungjawab yang tiada pilihan! MANDATORI.

Aku harungi sebeban tugasan berat ini dengan memujuk hati yang separa ikhlas. Mungkin juga pada penilaian Allah aku tidak ikhlas. Aku mohon ampun atas kelemahan ini ya Rabbi....

Menerima karenah ibu mertua yang kadang kala memang tak masuk akalku sebagai menantu membuat tahap ikhlasku mencecah negatif. Aku bukan manusia maksum yang boleh tidur lena bila nasi yang sama ditanak setiap hari menjadi sungguh tidak enak tiba-tiba di tekaknya! Tidak juga aku boleh bertenang tika ayat menghiris tangkai hatiku di ulang-ulang dengan selamba!

Namun, inilah JIHADKU melawan hati jahatku sendiri dalam mencari dimana keihlasan aku berada. Aku sedar belum ada sedikitpun dari sekeping hatiku ini keikhlasan melainkan ia telah terpadam dengan bentakan jahat omelanku sendiri dari dalam hati ketika aku tak dapat menahan sabar.

Minggu-minggu yang ku nanti untuk bersama dia suamiku berlalu tanpa rasa istimewa di hatinya. Seperti aku hanya bertandang dari jauh, untuk menghilangkan penat sahaja. Tiada pelukan mesra, ataupun sedikit sentuhan romantis yang mungkin boleh menghilangkan sangsi. 

Curiga bertaut dengan namun masih terlalu awal untuk aku bersangka buruk. BARANGKALI. Aku yakin ujian ini tidak sia-sia melainkan Engkau tahu inilah yang terbaik untuk ku . Aku menangis hampir setiap malam namun entah kenapa rasa berat meluahkan secara terbuka. 

Ulang tahun perkahwinan kami ke 12 berlalu begitu sahaja.... tiada rasa dihargai. Mungkin ulang tahun kelahiran ku beberapa hari lagi juga akan berlalu sepi seperti tahun sudah....

Semoga Allah membantu aku berlapang dada..... Kerana aku tahu Dia sentiasa bersamaku. 






Thursday, September 10, 2015

Bila mulut tak mampu meluahkan

Astaghfirullah.....

Aku cuma mampu memohon keampunanMu ya allah...

Ketika rasa pedih... sempit dan berat, dihimpit pula dengan tekanan yang langsung tidak mahu menghiraukan keadaan kita, terasa hampir pecah dada menahan ledakan.

Hanya Allah yang sentiasa ada bersama.


Sukar

Apakah ujian terbesar dalam hidup anda?

Aku sangat teruji dengan sikap baran sendiri. Cepat hilang sabar dalam memujuk hati. Ajar anak mengaji pun tak dapat kawal marah jika kesilapan yang sama diulang.

Terasa seperti gagal menyampaikan amanah. Amanah untuk sentiasa sabar mendidik. Allahuakbar. Inikah aku ? Hina! Terasa cukup kerdil, hina dan MALU kepada Allah Ar Rahman.....

Mahu menangis.... waktu yang tinggal semakin pendek. Tapi perjuangan melawan amarah belum terlaksana.  Bilakah aku akan benar benar berjaya menjadi manusia penyabar, lembut, positif, tenang ..... ?

Berdenyut kepala memikirkan CABARAN PALING BESAR ini!

Monday, September 7, 2015

Pahit

Menelan kepahitan ialah cara melepaskan kesakitan. 

Ku cuba belajar menelan kepahitan.

Ku cuba kunyah dan hadamkan....

Ku cuba pastikan ia tidak terluah kembali... menjadi kemarahan 

Atau dipendam menjadi dendam......


"Allah bersama dengan orang yang pecah hatinya kerana Ku."Al Hadis

Terima kasih Ustaz Pahrol Mohamad Juoi untuk tips ini.

Saturday, September 5, 2015

Aku tidak sempurna

Mana mungkin mampu aku menjadi HEBAT

Kerana aku lemah.....

Hari hari berlalu aku terpaksa KUAT

Jika nampak LEMAH pasti mereka juga REBAH

Hidup ini adalah UJIAN


Friday, September 4, 2015

Mahu apa lagi?

Jika engkau bertanya
Sepedih apa hidupku
Cukup tatap mata ini
Dan kau rasakan, dan kau rasakan
Ku ikhlaskan apa adanya aku
Tanpa harus aku mengeluh
Karena ku yakin Tuhan lebih tahu
Ini terbaik untukku
Tak perlu lagi ada air mata
Hidupku belum habis semua
Karena ku yakin Tuhan masih ada
Dan akan selalu ada
Aku malu padamu tahu kekuranganku
Tapi aku lebih malu
Bila Tuhan tahu
Ku tak terima hidupku
Ku ikhlaskan apa adanya aku
Tanpa harus aku mengeluh
Karena ku yakin Tuhan lebih tahu
Ini terbaik untukku
Tak perlu lagi ada air mata
Hidupku belum habis semua
Karena ku yakin Tuhan masih ada
Dan akan selalu ada
Tak perlu lagi ada air mata
Hidupku belum habis semua
Karena ku yakin Tuhan masih ada
Dan akan selalu ada

(وكان فضل الله عليك عظيما)
"Dan karunia Allah yang dilimpahkan kepadamu itu sangat besar".
(An Nisa': 113)

 (ولسوف يعطيك ربك فترضي)
"Dan sungguh, kelak Tuhanmu pasti memberikan karunia-Nya kepadamu, sehingga engkau menjadi puas".
(Adh Dhuha: 5)

(وَاصْبِرْ لِحُكْمِ رَبِّكَ فَإِنَّكَ بِأَعْيُنِنَا )
"Dan bersabarlah menunggu ketetapan Tuhanmu, karena sesungguhnya engkau berada dalam pengawasan Kami..." (Ath Thur: 48)

Bacalah ayat ini penuh taddabur dan menghayatinya, teruskan berdoa dengan hati penuh yakin bahawa Allah tidak pernah dan tidak akan pernah membiarkanmu.